Ahad, 3 Ogos 2008

Dayabumi...tinggal kenangan

Dayabumi gah cuma sedekad sahaja....

Bangunan Dayabumi yang tersergam indah ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur telah menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia semenjak mula dibuka pada tahun 80'an.

Dikelilingi oleh Masjid Negara, Stesen keretapi Kuala Lumpur, Pejabat Pos Besar dan Pasar Seni, Dayabumi sememangnya merupakan ikon yang menjadi tarikan kepada para pengunjung pada satu masa itu.

Masa bujang-bujang dulu saya pun selalu lepak di situ setiap hari Jumaat, sementara menunggu masuknya waktu solat Jumaat. Dengan dihuni oleh sebuah syarikat gergasi negara iaitu Petronas, Dayabumi berdiri megah sebagai sebuah mercu tanda Kuala Lumpur yang seakan-akan kekal berzaman lamanya.

Tapi kini.... Dayabumi tinggal kenangan.... ia berlaku apabila Petronas yang menduduki sebahagian besar bangunan ini telah berpindah ke bangunan barunya Petronas Twin Tower (KLCC) di Jalan Ampang. Maka tinggallah Dayabumi sepi sendirian. Kemeriahan semakin pudar, kebisingan semakin lenyap. Kini satu demi satu penyewa telah meninggalkan Dayabumi. Dayabumi semakin lemas dan lesu, walaupun suasana di sekitarnya masih rancak dan bertenaga.
Sesungguhnya dayabumi bukan nya bangunan usang. Ia adalah bangunan termoden dan termahal di waktu ia mula dibina. Dengan rekabentuk Islam-Moor dan kemudahan yang ada, dayabumi sememangnya dicemburui oleh kawan dan lawan.

Tapi itu dulu... sekarang orang tak pandang lagi Dayabumi.. tak ada apa yang menariknya dengan bangunan bersegi-segi itu lagi. Setiap kali saya lalu di hadapannya hati saya sayu mengenangnya.


Tidak lama dulu, saya berkesempatan ke Dayabumi, mengunjungi Bursa Komoditi Kuala Lumpur (KLCE). Sekarang saya pun tak tahu sama ada pejabat Bursa KLCE tersebut masih ada lagi atau sudah berpindah. Baru-baru ini saya ke pasar Seni. Saya parking di Dayabumi, dan singgah makan di restoran mamak di tingkat bawah. Nampak Ok je berniaga disitu.


------------------


Pada pandangan saya, Dayabumi masih boleh menarik ramai pengunjung sekiranya pihak pengurusannya mempunyai kreativiti yang tinggi untuk menaik lebih ramai penyewa untuk berniaga di situ.

Salah satu cadangan yang boleh diambil kira ialah pihak pengurusan perlu menjadikan Dayabumi sebagai satu lagi IT centre. Ini kerana pada masa ini, satu-satunya pusat IT yang tersohor ialah Low Yat Plaza di Bukit Bintang.

Sejujurnya saya fikir Dayabumi lebih berpotensi jika dijadikan IT Centre berbanding dengan Plaza Low Yat. Saya tidak nampak sebarang kelebihan yang memihak kepada Plaza Low Yat sehingga mampu menarik ribuan pengunjung setiap hari. Jawapannya senang saja. Semua barang IT ada disitu. Bulan lepas saya ke Low Yat. Saya bertemu sepasang warga tua berbangsa Cina membeli komputer notebook disitu. Dari perbualan kami, rupanya mereka orang cina Indonesia. Kata mereka harga komputer di Indonesia mahal. Patutlah.. bukan setakat orang Malaysia saja yang kenal Low Yat.. Orang asing pun tahu.

Berbanding Low Yat, Dayabumi lebih senang untuk dikunjungi, sama ada dengan Komuter, bas, LRT, teksi dan sebagainya. Kalau nak memandu sendiri pun boleh. Tempat parking kereta banyak, kalau tak cukup, boleh parking di belakang Masjid Negara. Free...

Kalau nak ke Plaza Low Yat, yang senang cuma naik Monorel saja. Itu pun kena turun Sg Wang Plaza atau Imbi. Naik bas pun susah. Tunggu teksi lagi susah... kena beratur. Jalan di depan Low Yat itu tak usah cakap punyalah sesak. Parking pulak mahal bukan main. Saya boleh dikatakan setiap bulan atau dua bulan sekali mesti kena pergi Low Yat, nak cari barang... bukan saja-saja nak pergi tapi terpaksa pergi. Kalau ada IT Centre di Dayabumi, saya memang tak teringin nak merayap ke Low Yat lagi. Betul... Cari barang yang berharga cuma RM 80.00, tapi banyak buang masa, buang tenaga, kepala pun sakit.

Dayabumi memang antara tempat yang strategik di tengah-tengah KL. Pendek kata sebut saja Dayabumi, semua orang tahu. Tak payah nak susah-susah promosi.

Saya sebut pasal IT centre sebab barang inilah yang paling ingin dicari oleh semua orang termasuk saya. Sebulan sekali mesti nak cari barang. Ada saja benda nak beli. Paling tidak, bila anak di rumah telefon... "Abah, Pendrive dah kena virus... cikgu kata kena beli baru... esok nak pakai..."

Hah! mana nak cari?... beli dikedai buku harganya mahal. Kalau di Low Yat harganya memang 50% lebih murah. Tapi cubalah kita fikir, tak kan nak beli pendrive pun kena pegi Low Yat.. Gila ke??.

Tapi kalau di Dayabumi.... senang-senang saja boleh pegi. Masa balik kerja, singah solat asar di Masjid Negara . ...lepas tu menyelinap kejap ke Dayabumi. Bukan setakat pen Drive je.. kepala bapak pendrive pun boleh beli.

Mungkin satu masa nanti kita akan dengar anak-anak kita kata... " Abah, esok kita pergi Dayabumi ye?... nak tengok IT Fair lah..."
Masa itu Dayabumi dah jadi IT Centre, siap menganjurkan IT Fair lagi...


----------------------------------

Tapi apakan daya.. kitapun tak boleh kata atau beri cadangan apa-apa. Tuan empunya bangunan itu patut boleh fikir. Tapi tuan punya tu memang dah kaya raya, Royalti minyak je mencecah ratusan bilion. Apa dia peduli, Dayabumi nak runtuh ke, tenggelam ke....lantaklah.

Saya bukan apa... cuma nak tengok umat Melayu berniaga IT... kalaulah ada IT centre di Dayabumi, dapatlah umat bernama Melayu bertahtih untuk berniaga peralatan komputer. Dan saya lah orang terawal yang akan beri sokongan. Di Low Yat pun memang ramai anak-anak muda melayu berniaga... tapi tukang jual saja... salesman. Towkay kedai orang lain... nasib...

Maklumlah .. perniagaan IT ini memang menguntungkan. Tak akan rugi punya. Dayabumi boleh maju semula. Walau pun margin kecil tetapi turn over nya besar. Saya sendiri ada 5 anak semua sekolah, sekejap nak pendrive, sekejap nak beli dakwat printer, sekejap nak repair pc...
Anda yang ada anak sekolah tentu setuju dengan saya...
------------------------------------
Begitulah al-kisah bangunan Dayabumi, yang satu masa dulu menjadi kebanggaan ramai.. Kalau anda ada maklumat lanjut atau apa-apa kenangan mengenai Bangunan Dayabumi, bolehlah dikongsikan bersama di ruangan ini.


Wassalam.

Tiada ulasan: